Sabtu, 8 Jun 2013

Nasihat Seorang Akhi

Gmbar Hiasan
Baitul Muslim?

Istilah ini jarang diguna di pejabat khadi, sekalipun mereka yang menguruskan urusan perkahwinan. 


Yang biasa diguna ialah kahwin ataupun berumahtangga.


Ada bezakah? Ya, ianya berbeza. Dari segi zahir mungkin nampak sama. Ianya melibatkan suatu akad yang dalamnya ada wali, saksi dan orang yang hendak bernikah dan dinikahi. Sedikit kenduri. Ianya perkara biasa. Dan akhinya pasangan ini dikurniakan anak, Simple kan?.

Tapi itu mungkin cuma hanya kulitnya sahaja.

Kita perlu ingat manis diisinya, bukan dikulitnya.

Jika diteliti, ianya cukup berbeza. Antara baitul muslim dan perkahwinan biasa besar bezanya. Yang saya ingin utarakan di sini ialah soal siapa,tujuan, halatuju, peranan malah yang lebih signifikannya ialah soal kesan.

Apabila disebut baitul muslim yang membezakan dengan perkahwinan biasa sudah pasti ianya melibatkan golongan muslim. Orang Islam. Sudah pasti tiket ini cukup jelas membezakan perkahwinan yang didasari aqidah dan perkahwinan yang hanya menuntut fitrah manusiawi.

Namun demikian, dalam konteks gerakan Islam, label baitul muslim ini lebih tepat untuk diberikan kepada orang Islam yang memiliki tujuan dan matlamat yang jelas dalam pembinaan keluarganya.

Baitul muslim di sini akan mencerminkan perkahwinan yang bukan sahaja di dasari aqidah Islam tetapi melibatkan mereka yang cinta, faham serta berusaha untuk mengembangkan dakwah Islam. Atas tiket baitul muslimlah, urusan untuk terjun dalam medan dakwah ini menjadi mudah.

#NotaHafezHaraki#

Like n Share Untuk Panjangkan Ilmu :)